Friday, January 9, 2009

cara ajar 4

apa2 la aje ..

Mungkin aku bukan la pakar dlm mendidik anak2 ni..
tapi dari pemerhatian dan pengalaman....

dapat diperhatikan ..cara didikan terhadap anak lelaki dan anak perempuan ni lain..terutama..cara mengajar dia belajar ...(maths ke...apa2 la berkaitan pembelajaran ni)

sifat perempuan ni..mudah menerima ajaran...atau apa sahaja....dia akan terima n belajar tanpa byk soal

berlainan dengan sifat lelaki.... mereka ni mempunyai sifat ingin tau lebih tinggi dan menyeluruh
jika cara pembelajaran yg tidak mencabar minda mereka..mereka akan bosan...walaupun sebenarnya mereka pandai....

contoh nye...
pelajaran baik dia sekolah mahupun diuniversiti biase nye diajar "teori" dahulu kemudian baru "practical"..

bagi pelajar perempuan..ianya tiada masalah....
tetapi bagi pelajar lelaki...dia akan berfikir...
"buat apa kita belajar ni...?"
"apa kaitan nye ngan alam luar?"
"apa pelajaran yg kita guna bila kerje nanti?"

ni la yg terjadi di negara kita (negara lain tak tau la)
bila cara pengajaran tidak menarik...maka pelajar2 lelaki menjadi kurang minat (walaupun mereka pandai2 semua)... maka ..yg tinggal adelah pelajar2 perempuan yg tekun dan rajin belajar.....begitu la terjadi.....

apa yg perlu kita buat sebagai ibu bapa kepada anak2 lelaki ni...
kita ajar mereka "praktikal" terhadap pelajaran2 yg perlu dia tau..kemudian baru kita ajar teori2 nya..kita cuba bagi gambaran pada anak2 apa/mengapa/kenapa kita perlu belajar subjek2 tersebut..beri contoh2 nye...etc..

dan satu lagi..cara paling berkesan yg dapat kami perhatikan...
kita ajar anak kita mengira/mengeja dengan cara kita menulis di hadapan nya dan mengajak dia bersama2 mengira/mengeja .....(perlukan pen & kertas aje)... dengan cara ini ..mereka lebih cepat faham...

contohnye...
kita ajar dia
menggunakan apa sahaja ade disekeliling... utk mengira..
1 biji epal campur satu biji epal jadi 2 biji epal..
....
hingga la dia tau apa guna nye kira2 tu...
kemudian baru la ajar dia teori pula..
1+1=2

-------------------------------------

ni ade la satu cerita dimana pelajar lelaki kursus kejuruteraan di satu university bertanya pada pensyarah nye..(dalam kelas statistik)
apa guna nye kita belajar statistik ni?
perlu ke utk kita kerja?
apa subjek2 engginering yg kita guna bila kerje nanti?

jawapan nye: kita perlu belajar semua subjek enggineering dan juga statistik tu..
bila keje ..kita akan guna sebilangan kecil aje subjek enggineering bergantung pada dimana kita kerje dan apa jawatan kita...tetapi subjek yg paling byk kita guna bila kerje adelah STATISTIK
(sama ade sebagai design engineer, proses enginer, production engineer, mahupun QA engineer..)

---------------------------------------------

di sekolah rendah seorg murid lelaki bertanya pada kawan nye (lelaki)..
"kenapa kita perlu belajar punca kuasa dua ni?"
(soalan yg tiade jawapan..sehingga mereka besar dan tau sendiri apa perlu mereka belajar punca kuasa dua tersebut)

jawapannya: bila dah beso ..dah masuk universiti... kita perlu guna punca kuasa dua tu untuk buat calculas (maths)

No comments:

Post a Comment