Friday, January 9, 2009

Bola ...part 1


Apa yg boleh diajar kepada anak anda yang baru berusia 2 tahun hanya dengan “BOLA” ?

Macam-macam boleh diajar dan dikembangkan.
Dari “BOLA”, anda boleh ajar anak anda:
1. apakah itu bola (apakah perkataan nye dalam bahasa inggeris, ejaan, sebutan)
2. apakah jenis-jenis bola & sukan(bolasepak, tenis, takraw, bola tampar, etc / aksi pemain bersama bola)
3. bagaimanakah rupa bentuk pelbagai jenis bola (bulat, lonjong, besar, kecil..etc)
4. apakah warna-warna bola (putih, hitam, kuning, 2 warna, 4 warna..etc)
5. bagaimana hendak kaitan bola dengan anggota badan manusia (gunakan kaki utk tendang bola[bola sepak], guna tangan untuk tampar bola[bola tampar]..etc)
6. apakah sukan yang bermain tidak menggunakan bola (berenang, berlari, lumba basikal)
7. siapakah pemain2 bola (apa sahaja sukan) yang terkenal (roger faderer, tiger woods, etc)
8. dari negeri/negara manakah pemain-pemain tersebut (switzerland, Italy, Japan, etc)
9. apakah bentuk/warna bendera negeri/negara tersebut (4 segi, jalur2, 2 warna, biru, putih, merah..etc)
10. di manakah letaknye negeri/negara tersebut (benua afrika, bersebelahan laut china selatan..etc)
11. apakah yang terdapat di negeri/negara tersebut (padi, minyak, etc)
12. apakah binatang yg hidup di negeri/negara tersebut (gajah, harimau, kanggaru,etc)
13. apakah bangunan/binaan yang terkenal di negeri/negara tersebut (petronas twin tower, eiffel tower..etc)
14. etc...

Jika anak anda berminat pada binatang-binatang, anda boleh le kembangkan..
Contohnya anak anda minat teradap kucing
1. apakah itu kucing (apakah perkataan nya dalam bahasa inggeris) [cat]
2. apakah jenis-jenis kucing [kucing siam, kucing hutan, etc]
3. apakah binatang lain dalam kategori kucing [harimau,etc]
4. apa yang terdapat pada tubuh badan kucing (anggota badannya la) [kaki, kuku, ekor, etc]
5. apakah beza antara kucing dan manusia [kucing ade ekor, etc]
6. macam mana nak melukis kucing
7. apakah warna-warna kucing [kuning, putih, etc]
8. apa yang kucing makan [ikan, etc]
9. jika kucing makan ikan, sila kembangkan pasal ikan pula (mengikut kreativiti anda)
10. etc

Jika anak anda minat kereta,
1. apakah itu kereta (dalam inggeris?) [car]
2. apakah kategori kereta
3. apa yg terdapat pada kereta
4. jenis-jenis kenderaan lain yg beroda
5. jika anak anda berminat tentang engine kereta, kembangkan lagi fakta2 pada nye
6. jika anak anda berminat kereta lumba, kembangkan sehingga pelumba terkenal serta negara nya
7. etc.

Jika anak anda berminat pada anak patung
1. apa yg dikatakan anak patung [doll]
2. bagaimana rupa bentuknya [macam manusia tapi tak bernyawa]
3. terangkan pada anak anda anggota pada anak patung
4. jika anak anda berminat pada pakaian, terangkan mengenai jenis-jenis pakaian, warna-warna, jenis kain etc.
5. jika anak anda berminat pada rambut anak patungnya, terangkan pada nya apa itu rambut, jenis-jenis rambut, bagaimana nak menghias rambut,etc

Itu sedikit sebanyak soklan2 yg perlu kita fikirkan dan kita perlu utk menerangkan pada anak-anak dan mengembangkan serta memberi ilmu dan fakta-fakta pada mereka.
[harap maklum, diatas tu contoh je.. tidak semestinya mengikut semua nya, boleh diubah suai ikut pada kebijaksanaan anda]

Apa yg boleh anda buat sebagai ibu bapa adalah mendidik mereka serba sedikit ilmu am diperingkat usia kecil supaya mereka berminat utk belajar , berfikir, serta berusaha utk mengetahui jawapan-jawapan yg mereka rasa tidak pasti.

AMARAN : Jangan terlalu mengharap tindakbalas anak anda dalam masa terdekat, kerana mereka masih lagi dalam proses pembelajaran. Bersabar untuk mendapatkan keputusan yg terbaik. Sentiasa berterusan dalam mengajar anak anda walaupun hanya 5 minit sehari.

Apa yang perlu anda buat ialah memberi tunjuk ajar pada anak anda dengan mengajar apa yang dia minat disamping itu mengembangkan ilmu-ilmu yang dia tidak tahu secara tidak langsung dari minat nye itu. Ajar dengan kasih saying tanpa mengabaikan disiplin.

sila lihat contoh slide di entry selepas ini (jika mau buat la)

No comments:

Post a Comment